PIAGAM SEKOLAH J. K. (C) HWA NAN ************************************************

 

KAMI GURU DAN KAKITANGAN SJK(C) HWA NAN DENGAN PENUH TEKAT DAN KEAZAMaN BERIKRAR DAN BERJANJI akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk

 

Memastikan segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan kemaskini mulai hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.

Menentukan setiap guru dan kakitangan berkhidmat dengan cekap, berkualiti dan berkesan.

Memastikan persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan bersih, ceria dan boleh mewujudkan suasana minat belajar.

Berusaha ke arah "ZERO DEFECT --- TANPA KECACATAN" dalam aspek akademik, disiplin dan tanpa dadah.

Melatih dan membentuk kanak-kanak bersopan santun, berdisiplin, menghormati orang tua, guru dan rakan serta membimbing kanak-kanak ke arah pembentukan sahsiah yang sempurna.

Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan, iaitu murid dan masyarakat (ibu bapa).

Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat cadangan, syor dan teguran yang membina demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik sekolah.

Melahirkan Masyarakat Penyayang di kalangan murid sekolah selaras dengan kehendak dan matlamat wawasan 2020.

Berazam memastikan sekolah ini mencapai kecemerlangan dari segi akademik, ko-kurikulum dan bidang-bidang yang lain.

ani_book.gif (20400 bytes)

[menu][ucapan][piagam][UPSR][sejarah][matlamat][falsafah][enrolmen]