Ucapan
Selamat berbahagia dan salam perkenalan.Selaras dengan perkembangan teknologi dan era
globalisasi maklumat, SJK(C) Hwa Nan menyusun langkah dengan menyediakan LAMAN WEB selaras
dengan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berahklak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan menghadapi segala cabaran hidup.
Berdasarkan teknologi yang terancang,pastinya mewujudkan minda yang berkembang secara
positif bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI).penyediaan laman ini pastinya menguntungkan guru-guru, kakitangan dan
murid-murid
sendiri dalam mencari dan membentuk satu budaya pembelajaran yang efisien.
Pembentukan laman ini akan memberi peluang kepada orang ramai mengenali sekolah ini
dari segi sejarah sehingga maklumat terkini.Kesediaan orang ramai untuk memantapkan lagi
laman ini amat dialu-alukan selaras dengan konsep "Sekolah Membina Masyarakat,
Masyarakat membina Sekolah".
Akhir kata, semoga dengan terlaksananya laman ini akan memberi faedah kepada pihak sekolah dan masyarakat sambil dapat bertukar-tukar maklumat dari semasa ke semasa.
[menu][piagam][organisasi][UPSR][sejarah][matlamat][falsafah][enrolmen]