Sejarah Sekolah Sejarah Sekolah

Sekolah Hwa Nan telah ditubuhkan pada tahun 1936 sebagai sebuah sekolah yang persendirian. Pada masa itu, Guru Besarnya ialah Encik Li Tsing Pai dan hanya terdapat seorang guru yang mengajar sahaja. Bangunan sekolah pula adalah sebuah bangunan papan dan atap berlokasi di belakang Kedai Sam Choon, Batu 2 3/4, Jalan Kluang, Batu Pahat.

Semasa Perang Dunia Kedua, sekolah ditutup. Pada tahun 1946, Sekolah Hwa Nan dibuka semula. Guru Besar baru ialah Encik Ma Boon Pei dan bilangan guru ialah 3 orang. Bangunan sekolah pula berpindah ke Batu 2 1/4, Jalan Kluang, Batu Pahat, tetapi masih dalam bentuk bangunan papan dan beratap.

Pada tahun 1960, Sekolah Hwa Nan ditukar nama ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Hwa Nan. Pada tahun yang sama, sebuah bangunan batu dua tingkat yang mengandungi 8 buah bilik darjah telah didirikan di Batu 2 1/2, Jalan Kluang, Batu Pahat. Bilangan guru yang mengajar bertambah ke 15 orang dan bilangan murid juga bertambah dengan pesatnya, iaitu seramai 305 orang.

Pada tahun 1964, sebuah bangunan batu setingkat yang mengandungi 4 buah bilik darjah ditambahkan untuk menampung bilangan murid yang semakin ramai iaitu seramai 389 orang pada masa itu.

Pada masa sekarang, SJK (C) Hwa Nan terdiri daripada 2 blok bangunan batu yang mengandugi 12 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah bilik guru, sebuah kantin, sebuah dewan dan sebuah bilik setor. Bilangan guru berjumlah 21 orang dan bilangan murid seramai 449 orang.

ani_colorbar.gif (4491 bytes)

[menu][piagam][ucapan][organisasi][upsr][matlamat][falsafah][enrolmen]